Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir,Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir ,Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu Jika tidak menagih simpati Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahuSyukur ku hanyalah milik Mu
Raihan : Sesungguhnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar